BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 3, 2011

Karangan Mengenai Pencemaran(Pelangi Selepas Hujan)

Kring!!! Jam menunjukkan tepat pukul 5.15 pagi.Dengan berat hati aku cuba bangkit daripada tidur lenaku yang panjang.”Farra,lekas bangun.Nanti kamu lambat pula ke sekolah!”,kata ibuku.Terasa seperti mahu sahaja aku menyarung kembali selimut merah jambu kesayanganku.Tetapi memikirkan reaksi ayahku apabila tahu aku lambat bangun,dengan segera aku menyahut panggilan ibuku,”Baik ibu,Farra dah bangun”.Seperti biasa aku bersiap-siap memakai baju untuk ke sekolah.Pagi itu aku berasa sungguh aneh kerana tiada kedengaran suara ayahku menjerit-jerit mengejut adikku.Rupa-rupanya,adikku tidak ke sekolah pada hari ini kerana demam.Terpaksalah aku berjalan kaki ke pondok bas bersendirian.Perjalanan dari rumahku ke sekolah agak jauh dan mengambil masa kira-kira 30 minit dengan berjalan kaki.Tetapi kami menggunakan kemudahan yang ada dengan menaiki bas walaupun perjalanan dari rumah ke pondok bas agak menyeramkan.Tambahan lagi,kami terpaksa pergi ke pondok bas pada awal pagi kerana bimbang ketinggalan bas.Ibu bapaku tidak dapat menghantar kami kerana mereka harus ke bandar untuk membuka warung setiap hari.Setelah aku habis menikmati sarapan pagi,dengan segera aku menyarungkan kasut sekolah dan bersalaman dengan kedua-dua ibu bapaku.Tidak lupa juga untuk aku mengucup pipi mereka sebagai pendorong untuk aku belajar.
****************************************************************
Mulutku tidak putus-putus membaca apa-apa ayat Al-Quran yang terlintas dalam ingatanku.Aku cuba memberanikan diri untuk melalui jalan yang hanya dipenuhi dengan pokok sebesar sepemeluk.Dalam keadaan yang hanya diterangi oleh lampu suluhku, kedengaran pula bunyian yang tidak menyenangkan,membuatkan bulu romaku berdiri tegak.Tap!Tap!Tap!Tiba-tiba kedengaran pula bunyi seperti orang.”Farra..”terdengar pula orang menyeru namaku.Aku terpaku.Aku dapat rasakan darah seolah-seolah berhenti mengalir.Jantungku berdegup kencang seolah-olah mahu keluar daripada tubuhku.Tanpa berfikir panjang,aku segera mengambil langkah seribu.Jeritanku ketika itu mampu sahaja mengejutkan sesiapa yang terlena.
Alangkah leganya hatiku apabila selamat sampai ke sekolah walaupun keadaanku kelihatan tidak terurus dengan tudungku yang seolah-olah tidak digosok.“Ah,peduli apa aku.Yang penting aku dah selamat sampai ke sekolah.harap-harap tiada siapa yang tahu akan perkara tadi”,bisikku sendirian.Pastinya masih terngiang-ngiang lagi bunyi tapak kaki itu.Ingin sekali aku mengetahui dari mana datangnya bunyi tersebut. “Farra!”.Terkejut aku apabila terdengar namaku dipanggil oleh Zul.”Wah,bukan main laju lagi kau lari pagi tadi.Aku rasa kalau kau masuk pertandingan lumba lari di sekolah,olahragawati kita pun boleh kalah dengan kau”,kata Zul diselangi gelak tawanya.Tiada satu perkataan pun yang mampu aku luahkan untuk membalas kata-kata Zul itu tadi.”Tak usahlah terkejut,sebenarnya bunyi tapak kaki yang kau dengar pagi tadi itu tapak kaki aku.Hari ini ayah aku tidak menghantar aku kerana itulah aku terpaksa menaiki bas.Aku cuba memanggil kau kerana aku nak ke sekolah bersama kau.Tapi,kau pula yang lari seolah-olah tak cukup tanah”,tergelak besar Zul setelah selesai bercerita.Mahu sahaja aku menampar wajah kacak Zul ketika itu.”Baru aku tahu perempuan ganas macam kau ni pun penakut juga ya”.Bertambah-tambah rasa geram aku kepadanya.”Aku bukannya menjerit kerana takutkan hantu,tapi sebab aku perempuan.Takut-takut sahaja ada lelaki yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan yang gelap-gelita”,jawabku untuk mengalih tanggapan Zul bahawa aku seorang perempuan yang penakut.
Hari itu, sepanjang hari aku habiskan masa bersama Zul disekolah.Ada sahaja mata yang memandang kami dengan pandangan yang penuh keraguan.”Macam mana Zul yang kacak itu boleh terfikir untuk berjalan dengan perempuan yang ganas macam Farra.Lebih baik dia berjalan dengan aku”,kedengaran pula suara-suara perempuan yang meminati Zul.Sememangnya Zul menjadi buruan semua pelajar perempuan di sekolah kami kecuali aku.Pada aku,tiada satu pun keistimewaan yang terdapat pada Zul untuk diminati selain kulitnya yang cerah dan kehebatannya dalam bermain hoki.”Okaylah Zul,aku nak ke warung ayah aku.Kau pulanglah dahulu ya.Kita jumpa lagi esok di sekolah.Pastikan rahsia tadi tersimpan rapi atau teruk kau aku kerjakan.Biar pecah di milut jangan pecah di perut”,kataku sedikit mengugut.” Baiklah Puteri Farra.Baik-baik pulang,takut sahaja ada lembaga yang mengekori kau”,Kata Zul diiringi gelak tawanya.
“Dah pulang kamu Farra,macam mana dengan pelajaran hari ini?”Tanya ibuku.”Alhamdulillah,semua seperti biasa dan bertambah ilmu Farra hari ini”,jawabku.Kelihatan pula kakakku yang sedang mengelap meja.”Kakak tak mahu makan bersama saya?”Soalku.Dengan ringkasnya dia menjawab bahawa dia sedang berdiet.”Kakak,diet bukan bermaksud tak makan,tapi makanan yang dimakan mestilah cukup dengan nutrien yang diperlukan oleh badan kita.Diet yang seimbang terdapat dalam dua cara iaitu,makanan yang dimakan mestilah tidak lebih dan tidak kurang daripada jumlah tenaga yang diperlukan dan mestilah mancecah kadar tenaga yang diperlukan”,terangku dengan ringkas.”Bertuah akak ada adik yang pintar mcam Farra,dapat tips diet percuma lagi”,jawabnya diselangi dengan tawa.”Tak apalah Farra,akak lebih selesa makan di rumah sahaja berbanding di warung kita ini”,jawab kakak.Sememangnya persekitaran di warung ibu sangat tidak menyenangkan dan sudah berkali-kali kami menasihati ibu agar menjaga kebersihan warung kami tetapi ibu menganggap remeh perkara tersebut.Sisa-sisa makanan pula ibu hanya akan buang di sungai belakang warung kami,menyebabkan sungai tersebut tercemar.Bukan setakat sungai sahaja yang tercemar tetapi makanan yang ibu dan ayah sediakan juga kurang bersih dari segi cara menyediakannya dan membasuhnya.Oleh kerana itulah aku lebih suka menyediakan makanan aku sendiri berbanding ibu.
****************************************************************
“Teruklah, dah ramai yang keracunan makanan.Dekat kampung ni sahaja dah melibatkan lima kes.Semalam Cik Limah jiran belakang rumah kita juga ada mengadu sakit perut dan disyaki keracunan makanan”Kata kakakku memecahkan kesunyian.”Tak mengapalah, yang penting keluarga kita tiada yang keracunan makanan dan yang paling penting perniagaan kita berjalan dengan lancar”Jawab ayahku selamba.Salah tanggapanku kerana menganggap ibu dan ayah akan berubah setelah tersebarnya berita mengenai keracunan makanan yang amat membimbangkan semua orang.Ibu dan ayah masih lagi menganggap kes keracunan makanan adalah perkara kecil tanpa menyedari bahawa keracunan makanan juga boleh membawa maut.
Pelik sungguh hari ini,tidak kelihatan pula Zul di sekolah.Hatiku pula rasa tidak tenang seolah-olah ada sesuatu yang berlaku padanya.”Apa yang kau jengah-jengahkan Farra?Cari Zul?Dia tak datang sekolah hari ini.Aku dengar cerita dia masuk wad sebab keracunan makanan”,sapa Zira rakan karibku.Terkejut besar aku apabila mendengar berita tersebut.Rasanya baru hari itu Zul makan di warung ibuku.Mungkin kerana itulah Zul terkena keracunan makanan.
Setibanya di rumah aku menceritakan kepada ibu dan ayahku mengenai Zul.”Ibu rasa Zul mesti ada tersalah makan. Maklumlah,sekarang ini kan sedang sibuk dengan berita tentang keracunan makanan.Kamu kenalah jaga kesihatan juga ya”,kata ibuku selamba.’Hari ini ibu tidak ke warung?’,soalku.”Ayah kamu tak sihat Farra.Pagi tadi dia asyik muntah-muntah saja.Masuk kali ini sudah lebih tujuh kali ayah kamu keluar masuk tandas.Sampai hilang seluruh tenaganya,disuruh makan tak ada selera katanya”,jawab ibuku. “Ibu tak mahu bawa ayah ke klinik?Bahaya kalau dibiarkan dengan keadaan negara kita yang sedang kecoh dengan penyakit keracunan makanan”.”Farra,ibu yakin ayah kamu itu tak ada apa-apa,tak mungkin ayah kamu terkena keracunan makanan.Ayah kamu mana pernah makan di luar.Makannya cuma dirumah dan di warung kita sahajalah.Jangan risau sangatlah Farra”,kata ibuku.Mengenangkan ayahku yang makan di warung kamilah yang menyebabkan aku risau akan keadaan ayah.
****************************************************************
Keadaan ayah makin melarat dari hari kehari.Aku bertambah bingung dengan sikap ibuku yang masih enggan membawa ayahku ke klinik walaupun telah kami paksa.Ayah menjadi semakin susut dan kelihatan seperti tidak bermaya lagi.Aku tahu ibu bukan tidak risau akan keadaan ayah,cuma ibu takut kalau-kalau tekaan kami tepat.Harap sahaja ibu mampu membenarkan kami untuk menghantar ayah ke klinik,tetapi itu agak mustahil.Ayah kini tidak mampu berbuat apa-apa selain baring terlantar di rumah,tidak habis-habis mengadu sakit perut.Kami hanya boleh melihat dan berdoa tanpa boleh lakukan apa-apa selagi ibu tidak mahu menghantar ayah ke klinik.
“Ayah,bangun dah subuh ayah.Mari Farra tolong ayah ambil wudu”, tetapi ayah senyap sahaja.Puas aku mengejutnya namun ayah tidak bergerak walau sedikit.Ku sentuh dahi ayah terasa sejuk.Aku mula panik.Ku dapat lihat wajah ayah yang kini membiru.Aku cuba mencari nadinya,namun tiada kujumpa.Aku mendekatkan telingaku ke dadanya,namun hampa.”Ayah...!”,jeritanku mengejutkan adik,kakak dan ibuku.”Farra,kenapa ni?”,”Ibu!Ayah...”Tangisanku membuatkan ibuku kini mengerti.”Abang!Bangun bang,jangan buat Imah risau”,tetapi,sudah terlambat kini.Ayah telahpun pergi meninggalkan kami semua buat selamanya.Pagi itu,tangisanlah yang mengiringi kepergian ayah ke tempat yang kekal abadi.
************************************************************************************
10 Tahun Kemudian

“Sayang!”Terhenti lamunanku apabila disapa oleh suamiku.Zul yang dahulu menjadi teman gurauanku kini ditakdirkan untuk menjadi peneman setiaku sepanjang hayat.Kami telah disatukan dalam majlis yang sederhana pada 20 Februari 2020 dengan berwalikan hakim.Zul yang dahulu disyaki keracunan makanan terselamat dan kini kami hidup bahagia.”Apa yang sayang lamunkan ni?kitakan nak ke rumah ibu,tak elok kalau bermasam muka.Nanti apa kata ibu”kata suamiku.Sesungguhnya pemergian ayah telah memberi impak yang besar dalam hidup ibu.Ibu telah meneruskan warung yang dahulu menjadi pendapatan utama keluarga kami.Kakaklah yang menjadi tangan kanan ibu yang sentiasa menolong ibu di warung.Ibu telah menukar tempat di tempat yang lebih selesa dan pastinya bersih.Ibu kini telah menjadi seorang yang sangat menjaga kebersihan dan alam sekitar.Ibu tidak lagi membuang sampah disungai dan longkang.Setelah beberapa tahun pemergian ayah,ibu telah berjaya membuka sebuah restoran yang besar di Kuala Lumpur.Adikku pula telah melanjutkan pengajian di Universiti Islam Malaysia manakala kakakku telah mendirikan rumahtangga sejak lima tahun lalu.Aku pula telah menjadi seorang Pegawai Alam Sekitar dan suamiku sebagai seorang arkitek berjaya.Sesungguhnya aku bersyukur kerana Allah telah memberiku pelangi selepas turunnya hujan...


~cerpen dicipta oleh shaheera@erra_1018~

0 comments: